Ramai di antara kita menyangka jerawat berpunca daripada resdung[1]. Tapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung. Jika masih musykil, cuba baca penerangan Dr. Haseenah[2] yang sememangnya pakar tentang jerawat. Jadi, mulai sekarang, saya harap anda dapat membezakannya ya.
Sehubungan itu, di sini saya ingin berkongsi cara mengubati resdung. Ada 2 cara buat masa ini iaitu;
#1 Kulit Pokok Putat
- Pertama, anda perlukan kulit batang pokok putat. Anggarannya kira-kira sebesar kotak rokok.
- Kemudian, bersihkan dan jemur kulit pokok putat hingga kering.
- Bakar kulit yang dah kering tadi sedikit demi sedikit.
- Sedut asapnya sehinggalah terasa nak bersin.
- Anda akan rasa ada lendiran yang keluar dari hidung.
Amal dan ulangi petua di atas sehinggalah anda berasa lega.
#2 Campuran 3 bahan
- Sediakan buah anggur, tepung gandum dan biji jintan hitam.
- Pastikan kuantiti ketiga-tiga bahan di atas adalah sama banyak yea.
- Campurkan kesemua bahan di atas dan tumbuk sampai hancur.
- Akhir sekali, anda perlu meminum bahan-bahan tersebut.
Petua #2 ini perlu dibuat 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang.
Sekian dulu perkongsian buat kali ini. Harap ia berguna buat anda yang ada resdung. Selamat Mencuba!
0 comments :
Post a Comment