Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala

Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening kepala[1]. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai…. Makin bertambahlah pening dibuatnya.

Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;

1. Berpunca dari bahagian dalam kepala

2. Berpunca dari bahagian badan yang lain

Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.

Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.
Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.

Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh… memang sakit.

Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang berpunca daripada ketegangan.

Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.

Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.

Doa Sakit Kepala – Ayat 19 Surah Al-Waqiah

Baiklah, walau apapun jenis sakit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu doa ringkas tapi mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.

Caranya;

- Letakkan tangan kanan anda pada bahagian kepala yang sakit

- Baca ayat 19 Surah Al-Waqiah[2] secara berterusan sampai hilang rasa sakit kepala anda 

Mengikut pengalaman saya, tangan anda mungkin akan terasa panas sedikit selepas beberapa ketika membacanya disebabkan bahang panas yang keluar dari kepala.

Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sakit kepala anda. Amiin.

References

  1. ^ pening kepala (petuasejagat.blogspot.com)
  2. ^ ayat 19 Surah Al-Waqiah (goo.gl)
LikeTweet
Share on Google Plus

About ¼

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment