Perkara yang anda perlu tahu mengenai sembelit

Apa Itu Sembelit

Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom- simptom berikut:

  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
  • Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Sebab-Sebab berlakunya masalah sembelit.

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Bahaya dan komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sumber: http://www.klik4sihat.com/


Share on Google Plus

About ¼

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment