Kemandulan dan Penyakit Kelamin

Chlamydia dan Gonorrhoea adalah punca utama kemandulan yang diakibatkan oleh penyakit kelamin. Tanpa rawatan, kira-kira 15% wanita dengan chlamydia akan mendapat penyakit radang pelvik (PID). Chlamydia boleh menyebabkan jangkitan pada tiub fallopio tanpa memberi apa-apa gejala kepada wanita yang dijangkitinya. PID dan jangkitan "senyap" ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tiub fallopio, rahim, dan tisu di sekitarnya, dan seterusnya boleh membawa kepada kemandulan.blog[1][2]

75% daripada wanita dan 50% daripada lelaki yang dijangkiti Chlamydia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau gejala. Semua wanita yang aktif melakukan hubungan seks, wanita yang mempunyai pasangan baru atau berbilang pasangan adalah disarankan untuk melakukan ujian Chlamydia.

Lelaki yang aktif melakukan hubungan seksual dan kerap bertukar pasangan juga haruslah bertanggungjawab dan melakukan ujian Chlamydia. Komplikasi penyakit Chlamydia jarang berlaku pada lelaki. Walau bagaimanapun jangkitan Chlamydia pada lelaki boleh merebak ke epididymis (salur yang membawa keluar sperma dari testis), mengakibatkan rasa sakit, demam dan boleh mengakibatkan mandul. Lelaki yang dijangkiti Chlamydia juga boleh dengan mudah memindahkan jangkitan tersebut kepada pasangannya menerusi hubungan seksual dan seterusnya meletakkan pasangannya berisiko untuk mandul.blog

Kemandulan akibat jangkitan penyakit kelamin Chlamydia dan Gonorrhea boleh dielakkan sekiranya ianya dikesan awal dan dirawat dengan segera. Ingatlah bahawa sekiranya kerosakan telah berlaku, tiada antibiotik atau ubat yang dapat merawat kerosakan tersebut. Sayangi masa depan anda, lakukan ujian Chlamydia sebelum terlambat!

References

  1. ^ chlamydia (wannuraterapi.wordpress.com)
  2. ^ gonorrhea (wannuraterapi.wordpress.com)
  3. ^ About these ads (wordpress.com)

Sumber: https://wannuraterapi.wordpress.com

LikeTweet
Share on Google Plus

About ¼

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment