Minyak kelapa turunkan kalori nasi






KESIHATAN




Minyak kelapa turunkan kalori nasi





MINYAK kelapa dapat membantu menukarkan kanji mudah cerna dalam nasi kepada kanji kompleks.



SATU penyelidikan di Sri Lanka mendapati, minyak kelapa dapat membantu menurunkan kalori dalam nasi sehingga 50 peratus.

Salah seorang penyelidik yang juga pelajar di Chemical Science College di Colombo, Sudhair James berkata, kaedah menanak nasi dengan mencampurkan satu sudu teh minyak kelapa dapat menukarkan kanji mudah cerna dalam nasi kepada kanji kompleks.

"Nasi yang siap ditanak kemudian haruslah disimpan di dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum boleh dimakan.

"Proses penyejukan penting kerana ia membantu membentuk ikatan hidrogen antara molekul amilosa sehingga mengubahnya menjadi kanji kompleks.

"Setelah disejukkan, tiada masalah jika nasi itu dipanaskan semula. Ia tidak akan membuatkan kalori makanan itu meningkat," jelas James.

Satu cawan nasi putih mempunyai kira-kira 240 kalori. Kajian itu dibentangkan pada National Meeting & Exposition of the American Chemical Society.







Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Kesihatan


Share on Google Plus

About ¼

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment