Minyak zaitun kurangkan risiko terkena kanser






KESIHATAN




Minyak zaitun kurangkan risiko terkena kanser





MINYAK zaitun mampu mencegah penyakit kanser. – Gambar hiasan



BUAH zaitun terkenal di seluruh dunia terutamanya di Asia Barat kerana mempunyai khasiat tinggi.

Hasil kajian dari Hospital Universiti Copenhagen di Denmark mendapati, minyak zaitun yang diekstrak daripada lemak buah itu dapat mengurangkan kerosakan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser.

Ketua Jabatan Epideminologi, Dr. Dimitnios Tnichopoulos berkata, penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko terkena penyakit kanser sehingga 50 peratus.

"Individu yang mengambil 25 mililiter atau lebih kurang dua sudu makan minyak zaitun setiap hari selama seminggu dapat menghindarkan diri daripada mengalami penyakit pembunuh itu kerana kandungan oleic asid yang terdapat di dalamnya.

"Oleic asid dapat mengawal kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL) dalam badan," katanya.

Tambahnya, minyak zaitun tulen mempunyai banyak kebaikan untuk sistem penghadaman.

Selain buah zaitun yang boleh dimakan begitu sahaja, minyak zaitun biasanya digunakan untuk memasak, barang kosmetik, farmaseutikal dan sebagai bahan minyak pelita.







Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Kesihatan


Share on Google Plus

About ¼

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment