Terapi spa jerami






KESIHATAN




Terapi spa jerami





S PA jerami dikatakan boleh membantu mengaktifkan kelenjar peluh.



Berkunjung ke pusat ra watan spa untuk memanjakan diri pasti seronok kerana selain dapat merehatkan badan, kecantikan juga akan terjaga rapi.

Lazimnya, di kebanyakan spa, ada menyediakan perkhidmatan seperti rawatan mandi susu, skrub, mengurut badan dan sauna tetapi berbeza dengan sebuah bandar di Itali apabila mereka menawarkan spa jerami dengan menggunakan rumput-rumput kering.

Meskipun kedengaran agak pelik, ia dikatakan telah menjadi tradisi bagi masyarakat di Itali sejak tahun 1903 lagi.

Menurut cakap-cakap ma syarakat di sana, keluarga Kompatscher telah menjadikan hotel milik mereka iaitu Hotel Heubad sebagai spa terawal yang menyediakan terapi unik berkenaan.

Kelenjar peluh

Kata pemilik hotel itu, David Kompatscher, keluarganya meng usahakan spa jerami selepas mengetahui keunikan tumbuhan itu daripada golongan petani.

"Cara ini sebenarnya diamalkan terlebih dulu oleh pekerja-pekerja ladang. Dikatakan selepas penat bekerja, golongan petani akan tidur di atas lapisan rumput kering untuk merehatkan diri.

"Pada keesokan hari, selepas bangun mereka akan terasa segar dan bertenaga," katanya.

Lebih menarik, ibu dan bapa Kompatscher turut mengamalkan rawatan ini untuk memulihkan diri daripada penyakit radang sendi.

Menurut Kompatscher, keajaiban kaedah rawatan itu tersebar sehingga menyebabkan lebih ramai orang ingin merasai sendiri pengalaman tersebut.

Katanya, sejak itu masyarakat semakin mempercayai kelebihan teknik rawatan tersebut dan bertitik dari situ, spa daripada jerami kering itu mula dikomersialkan.

Kini, beberapa hotel dan pusat rawatan kecantikan di Itali mula menyediakan spa itu sebagai salah satu cara untuk menarik pelanggan.

Jelas Kompatscher, terapi itu tidak boleh dijalankan sesuka hati sebaliknya terdapat cara tertentu untuk menyediakan jerami tersebut.

"Mula-mula jerami yang ke ring perlu dipanaskan pada suhu sekitar 40 hingga 60 darjah Celsius. Pelanggan akan diminta berbaring dalam tempat yang disediakan sebelum rumput kering itu diletakkan ke seluruh tubuh sehingga ke paras leher," ujar nya sambil memberi tahu, rawatan ber kenaan biasanya akan dijalankan selama 20 minit.

Tambah Kompat scher, alternatif ber kenaan mem bantu meng aktifkan kelenjar peluh.

Oleh itu, peluh yang mengandungi toksin akan di singkir keluar melalui liang ro ma pada kulit.

Dari sudut fizikal, spa jerami dikatakan mampu memulihkan tenaga lebih-lebih lagi kepada golongan yang kuat bekerja.

Selain itu, pengalaman pe langgan yang menghidap pe nyakit di bahagian punggung, sakit belakang dan kekejangan otot serta leher turut mendapat kesan positif hasil menjalani spa jerami secara berterusan.

Alas kandang



HANYA jerami yang berkualiti tinggi digunakan dalam perkhidmatan spa jerami.



Menariknya, teknik yang dijalankan selama lebih 100 tahun itu memiliki rahsia tersendiri.

Menurut masyarakat tempa tan, hanya rumput yang berkua liti tinggi sahaja boleh digunakan dalam rawatan tersebut.

Untuk mendapatkannya pula, kedudukan padang rumput mempengaruhi kualiti jerami yang diambil.

Dikatakan, lokasi padang rumput di kawasan yang lebih tinggi akan membolehkan lebih banyak jenis jerami berkualiti ditemui.

Menurut Kompatscher, ma sya rakat di Itali percaya spa tersebut adalah salah satu cara untuk menyihatkan badan.

Bagaimanapun, individu yang mengalami alahan dinasihatkan tidak mencuba terapi itu kerana dikhuatiri habuk pada jerami akan memberi kesan buruk.

Pelanggan boleh mendapatkan rawatan tersebut pada harga Euro €33 (RM137) untuk 30 minit.

Sementara itu, di negara-negara lain termasuk Malaysia, jerami digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan penternakan.

Antaranya, ia diguna pakai sebagai alas kandang haiwan seperti kuda supaya suhu kelembapan dan urin haiwan dapat diserap terus ke dalam jerami.

Ia juga dapat membantu mengelakkan kuda daripada tercedera sewaktu duduk atau baring dalam kandang.

Selain itu, jerami turut dijadikan bahan bagi menghasilkan baja kompos dalam bidang pertanian.







Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Kesihatan


Share on Google Plus

About ¼

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment