Hakikatnya, kempen derma darah tidak mungkin berjaya andai masih ada persepsi negatif menganggap ia perkara memudaratkan. Keluhan sering didengar – takut gemuk atau takut jarum bukan saja tidak tepat tetapi turut menjejaskan kempen murni ini.
Menurut Dr Kam, setakat ini stok darah TDN stabil, namun pada masa sama, hampir setiap hari PDN akan menganjurkan kempen derma darah di pelbagai lokasi yang dikenali sebagai kempen bergerak atau 'blood mobile' terutama di pusat beli-belah, pasar raya dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
PDN juga, katanya, memberi pendedahan mengenai kepentingan menderma darah kepada penderma dan penerima melalui kempen yang dianjurkan.
"Sepanjang Ramadan lalu, kira-kira 400 kakitangan kami bekerja lebih masa sehingga jam 2 atau 3 pagi apabila PDN melanjutkan waktu derma darah selepas jam 8 malam bagi memberi peluang umat Islam berbuka terlebih dulu sebelum menderma darah.
"Pada hari ketiga cuti Aidilfitri, kami sudah memulakan operasi dan mengadakan blood mobile bagi memastikan stok darah terus mencukupi dalam menghadapi kemungkinan kes kemalangan yang kerap berlaku pada musim perayaan," katanya.
Selain itu, stok darah juga diperlukan untuk kes lain termasuk pembedahan, leukemia, barah, talassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan ketika bersalin dan haemophilis.
Kebanyakan orang menganggap derma darah hanya membabitkan pengambilan sel darah merah tetapi sebenarnya ada tiga jenis komponen pendermaan iaitu sel darah merah, platelet dan plasma. Pendermaan komponen sel darah merah dikenali pendermaan keseluruhan darah manakala platelet, plasma atau keduanya-keduanya disebut pendermaan aferesis.
Lebih tepat, ujar Dr Kam, pendermaan keseluruhan bermaksud penderma perlu menyumbang darah merah berdasarkan isi padu tertentu mengikut berat badan masing-masing, manakala pendermaan aferesis memerlukan penderma menderma sel tertentu darah yang mana komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam tubuh mereka.
Justeru, katanya, PDN sentiasa memastikan stok ketiga-tiga jenis komponen pendermaan itu mencukupi kerana ia mempunyai kepentingan atau kegunaan masing-masing.
Secara ringkas, sel darah merah digunakan untuk masalah kekurangan hemoglobin seperti penyakit buah pinggang dan kanser. Platelet pula diperlukan untuk pesakit mengalami kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia manakala plasma bagi pendarahan semasa bersalin, melecur akibat kebakaran serta pendarahan ekoran kerosakan hati.
Darah dikumpul TDN mempunyai tarikh luput tertentu seperti sel darah merah yang boleh bertahan 35 hari, platelet (lima hari) dan plasma (dua tahun), sekali gus memerlukan PDN mencari penderma baru bagi menggantikan stok darah berkenaan.
Bagi memastikan usaha PDN sentiasa berjaya, orang ramai digalakkan menderma darah mengikut jenis komponen dipilih sendiri kerana darah yang disumbangkan seseorang penderma mampu membantu menyelamatkan tiga nyawa. Untuk maklumat, tarikh dan lokasi penganjuran blood mobile, layari www.pdn.gov.my atau hubungi.
Baca lain-lain artikel – KLIK DISINI[1]
References
- ^ Baca lain-lain artikel – KLIK DISINI (www.biovco.com)
- ^ Seorang bantu 3 nyawa (myinfokesihatan.blogspot.com)
- ^ E-melkan Ini (www.blogger.com)
- ^ BlogThis! (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Twitter (www.blogger.com)
- ^ Kongsi ke Facebook (www.blogger.com)
Sumber: http://myinfokesihatan.blogspot.com/
How to withdraw my winnings from my casino? - TrickToAction
ReplyDeleteI can't claim anything about this casino and the 마추 자 먹튀 fact it 다 파벳 모바일 has the very 카카오 스포츠 best odds of 롤 동인지 winning. Most of the time, 토토 캔 you would think that the most